Tuesday, October 21, 2008

AKTOR DAN ATURAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

AKTOR DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

Di dalam industri pembinaan, terdapat beberapa aktor yang terlibat. Antaranya:

a)Pemaju/Pemilik

- merupakan aktor utama industri pembinaan. Pemaju/pemilik
terbahagi kepada dua iaitu:

(i)Pihak Kerajaan- ia biasanya diwakilkan kepada Jabatan Kerja
Raya, Majlis Daerah, Majlis-majlis Tempatan,
Kerajaan Negeri dan sebagainya
(ii)Swasta/persendirian - merupakan penyumbang yang paling besar
di dalam industri pembinaan di
Malaysia. Ia merangkumi projek
perumahan, pelancongan, perindustrian
dan hiburan.

b) Perekabentuk dalaman, arkitek, arkitek landskap, perekabentuk bandar,
dan perancang bandar dimana mereka dikategorikan sebagai GOLONGAN
PROFESIONAL. Mereka mempunyai bidang tugas yang berbeza namun begitu
mereka perlu berkomunikasi antara satu sama lain bagi menghasilkan hasil
binaan yang berjaya dan melicinkan proses pembinaan.

c) Pihak berkuasa tempatan juga meruoakan salah satu aktor yang penting
dalam industri pembinaan. Peranan mereka adalah memastikan perkara yang
berkaitan dengan kesihatan, keselamatan,penguatkuasaan undang-undang dan
sebagainya.

d) Kontraktor - kontraktor merupakan individu yang membuat akujanji
menerima, menjalankan, menyiapkan sesuatu pembinaan mengikut seperti
yang telah ditetapkan dalam bentuk dokumen tender dan kontrak. selain
itu, kontraktor juga berperanan untuk melantik sub-kontraktor bagi kerja-
kerja mekanikal, elektrikal, pencegahan kebakaran dan sistem sanitasi.

e) Pembekal juga merupakan aktor yang penting dalam industri pembinaan. ini
adalah kerana pembekal adalah aktor yang merupakan sumber kepada bahan
binaan yang diperlukan di dalam kerja-kerja pembinaan serta peralatan-
peralatan pembinaan.

f) Pengguna yang merupakan pemilik atau pemilik akhir sesuatu bangunan.


ATURAN INDUSTRI PEMBINAAN

Dalam proses pembinaan sesuatu bangunan terdapat beberapa peraturan, serta piawaian-piawaian minima yang telah ditetapkan. ia adalah berdasarkan:

(i) Akta Perancangan Bandar Dan Wilayah 1976
(ii) Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL)1984
(iii) Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993

Sunday, September 21, 2008

ELEMEN ALAM BINA

Dari kuliah pertama, saya dapat simpulkan bahawa Alam Bina mempunyai 6 elemen penting di mana setiap satu elemen ada maknanya yang tersendiri. Apa yang saya paham mengenai 6 elemen alam bina ini adalah seperti berikut:

ELEMEN PERTAMA

NIAT - niat adalah sesuatu yang kita hajati. Selain itu niat juga merupakan satu benda yang paling penting. Tanpa niat, sukar untuk kita memulakan sesuati aktiviti. Niat seumpama akar pokok. Tanpa akar pokok tidak akan dapat tumbuh. Begitu juga pentingnya niat.

ELEMEN KEDUA

LAKU - laku adalah salah satu elemen yang mempunyai peranan yang penting. Laku adalah tindakan atau perbuatan yang perlu dilakukan bagi menjalankan sesuatu perkara.

ELEMEN 3

AKTOR - Satu elemen penting yang merupakan antara penggerak utama. aktor adalah individu yang terlibat dalam apa sahaja 'production'.

ELEMEN 4

ATURAN - Aturan juga satu eleman yang penting. Bukan sahaja untuk penghasilan , dalam hidup kita juga aturan penting bagi melicinkan perjalanan sesuatu perkara. Jika kita tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, penghasilan yang kita hasilkan tidak akan dihasilkan dengan baik dan akan mengalami masalah.

ELEMEN 5

PRODUK- Produk adalah satu penghasilan

ELEMEN 6

TAPAK - Tempat sesuatu produk dihasilkan

Wednesday, September 17, 2008

SATU KESALAHAN-THE OLD DOME

The Dome....the journey...


Untuk tugasan ke 2, kami telah diminta untuk membuat dan membina geodesic dome.Tugasan ini dilaksanakan dalam bentuk kumpulan seramai 5 orang satu kumpulan. Kumpulan saya dikenali sebagai D B Five. 6 faktor alam bina yang terlibat dalam tugasan ini adalah:
  • Niat

Menyiapkan sebuah geodesic dome

  • Aktor

Abdul Muksit, Mohd Shamsul, Nur Hazirah, Nur Liyana dan Nurul Syuhada


  • Laku
    Mencari maklumat,membuat rekabentuk,mencari bahan, membina dome,membuat laporan
  • Aturan
    -Ahli kumpulan 5 orang
    -zero cost
    -boleh diangkat oleh 3 orang
    -boleh dipasang dalam 30 minit
  • Produk
    Geodesic Dome

  • Tapak
    USM


Kami telah membina dome yang tidak menepati aturan yang sepatutnya pada hari 10hb September 2008 yang lalu. produk yang kami hasilkan salah.

MODEL YANG DIBINA SEBELUM KAMI MEMBUAT DOME YANG SEBENARNYA

PEMASANGAN DOME DI TAPAK YANG DITETAPKAN.TETAPI KUMPULAN KAMI TERSALAH TAPAK.....

DOME YANG BUKANNYA GEODESIC DOME.

SATU PEMBETULAN-THE NEW DOME....


Setelah menerima komen dari pensyarah, kami telah membuat satu model baru geodesic dome yang mengikut aturan yang sebenarnya. kami telah membina model ini dengan menggunakan lidi dan plastisin.6 faktor yang terlibat dalam tuhasan ini adalah:

Niat
-membina satu model dome yang mengikut aturan yang sepatutnya di samping memahmi konsep sebenar geodesic dome

Laku
-bertanya dengan pensyarah, mencari saiz dan pengiraan yang sesuai, membina, membuat laporan

Aktor
-semua ahli kumpulan D B Five

Aturan:
-mengikut spesifikasi yang telah diperolehi dari dome kalkulator

Produk
-model geodesic dome

Tapak
-Kafe Damai,Desasiswa Aman Damai,USM


PLASTISIN-BAHAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI SAMBUNGAN BAGI MEMBENTUK DOME

BAHAN UTAMA-LIDI YANG DIGUNAKAN SEBAGAI LALUAN UNTUK MENGHASILKAN DOME

PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI MENGHASILKAN PRODUK

ANTARA PROSES MEMBINA PRODUK


PROSES MEMBINA DOME YANG SUDAH SEPARUH SIAP


MODEL GEODESIC DOME YANG TELAH DIUBAHSUAI MENGIKUT ATURAN YANG SEBENARNYA

Wednesday, August 27, 2008

PESTA KONVOKESYEN USM KE 38

THE COLOURFULL OF CONVEX '08

Pada 13 hingga 17 Ogos 2008, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Pesta Konvokesyen 2008 sempena Majlis Konvokesyen yang ke 38.
6 faktor alam bina yang dapat dikenalpasti semasa di tapak pesta adalah seperti berikut:
  • Niat

Untuk mengenalpasti dan membuat tinjauan terhadap suasana pesta konvokesyen di samping merakamkan gambar-gambar suasana tapak pesta berkenaan

  • Aktor

Peniaga, pihak urusetia, pengunjung dan para pelajar USM

  • Laku

Mengambil gambar aktiviti-aktiviti dan keadaan persekitaran pesta konvokesyen

  • Aturan

Mengambil gambar yang bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam blog

  • Produk

Menghasilkan sebuah website atau blog

  • Tapak

Tapak pesta konvo,berdekatan dengan DTSP

SUASANA TAPAK KONVOKESYEN USM KE 38

15 Ogos 2008 : Expo Convex di penuhi oleh para pengunjung

15 Ogos 2008: Tempat Letak kereta agak penuh

15 Ogos 2008: Aktiviti berkuda juga disediakan di Expo Convex

14 Ogos 2008: Keluarga para graduan melepaskan penat setelah mengelilingi Expo Convex
14 Ogos 2008: Tempat jualan makanan sesak dengan pengunjung

14 Ogos 2008: Aktiviti untuk golongan kanak-kanak turut disediakan di Expo Convex

13 Ogos2008:Suasana Tapak Convex pada tengah hari. Pengunjung semakin
ramai berbanding pagi


13 Ogos 2008: Pengunjung mula memenuhi Tapak Convex


13 Ogos2008: Tapak Convex lengang pada waktu pagi