AKTOR DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
Di dalam industri pembinaan, terdapat beberapa aktor yang terlibat. Antaranya:
a)Pemaju/Pemilik
- merupakan aktor utama industri pembinaan. Pemaju/pemilik
terbahagi kepada dua iaitu:
(i)Pihak Kerajaan- ia biasanya diwakilkan kepada Jabatan Kerja
Raya, Majlis Daerah, Majlis-majlis Tempatan,
Kerajaan Negeri dan sebagainya
(ii)Swasta/persendirian - merupakan penyumbang yang paling besar
di dalam industri pembinaan di
Malaysia. Ia merangkumi projek
perumahan, pelancongan, perindustrian
dan hiburan.
b) Perekabentuk dalaman, arkitek, arkitek landskap, perekabentuk bandar,
dan perancang bandar dimana mereka dikategorikan sebagai GOLONGAN
PROFESIONAL. Mereka mempunyai bidang tugas yang berbeza namun begitu
mereka perlu berkomunikasi antara satu sama lain bagi menghasilkan hasil
binaan yang berjaya dan melicinkan proses pembinaan.
c) Pihak berkuasa tempatan juga meruoakan salah satu aktor yang penting
dalam industri pembinaan. Peranan mereka adalah memastikan perkara yang
berkaitan dengan kesihatan, keselamatan,penguatkuasaan undang-undang dan
sebagainya.
d) Kontraktor - kontraktor merupakan individu yang membuat akujanji
menerima, menjalankan, menyiapkan sesuatu pembinaan mengikut seperti
yang telah ditetapkan dalam bentuk dokumen tender dan kontrak. selain
itu, kontraktor juga berperanan untuk melantik sub-kontraktor bagi kerja-
kerja mekanikal, elektrikal, pencegahan kebakaran dan sistem sanitasi.
e) Pembekal juga merupakan aktor yang penting dalam industri pembinaan. ini
adalah kerana pembekal adalah aktor yang merupakan sumber kepada bahan
binaan yang diperlukan di dalam kerja-kerja pembinaan serta peralatan-
peralatan pembinaan.
f) Pengguna yang merupakan pemilik atau pemilik akhir sesuatu bangunan.
ATURAN INDUSTRI PEMBINAAN
Dalam proses pembinaan sesuatu bangunan terdapat beberapa peraturan, serta piawaian-piawaian minima yang telah ditetapkan. ia adalah berdasarkan:
(i) Akta Perancangan Bandar Dan Wilayah 1976
(ii) Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL)1984
(iii) Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993
Tuesday, October 21, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)