Dari kuliah pertama, saya dapat simpulkan bahawa Alam Bina mempunyai 6 elemen penting di mana setiap satu elemen ada maknanya yang tersendiri. Apa yang saya paham mengenai 6 elemen alam bina ini adalah seperti berikut:
ELEMEN PERTAMA
NIAT - niat adalah sesuatu yang kita hajati. Selain itu niat juga merupakan satu benda yang paling penting. Tanpa niat, sukar untuk kita memulakan sesuati aktiviti. Niat seumpama akar pokok. Tanpa akar pokok tidak akan dapat tumbuh. Begitu juga pentingnya niat.
ELEMEN KEDUA
LAKU - laku adalah salah satu elemen yang mempunyai peranan yang penting. Laku adalah tindakan atau perbuatan yang perlu dilakukan bagi menjalankan sesuatu perkara.
ELEMEN 3
AKTOR - Satu elemen penting yang merupakan antara penggerak utama. aktor adalah individu yang terlibat dalam apa sahaja 'production'.
ELEMEN 4
ATURAN - Aturan juga satu eleman yang penting. Bukan sahaja untuk penghasilan , dalam hidup kita juga aturan penting bagi melicinkan perjalanan sesuatu perkara. Jika kita tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, penghasilan yang kita hasilkan tidak akan dihasilkan dengan baik dan akan mengalami masalah.
ELEMEN 5
PRODUK- Produk adalah satu penghasilan
ELEMEN 6
TAPAK - Tempat sesuatu produk dihasilkan
Sunday, September 21, 2008
Wednesday, September 17, 2008
SATU KESALAHAN-THE OLD DOME
![]() |
| The Dome....the journey... |

Untuk tugasan ke 2, kami telah diminta untuk membuat dan membina geodesic dome.Tugasan ini dilaksanakan dalam bentuk kumpulan seramai 5 orang satu kumpulan. Kumpulan saya dikenali sebagai D B Five. 6 faktor alam bina yang terlibat dalam tugasan ini adalah:
- Niat
Menyiapkan sebuah geodesic dome
- Aktor
Abdul Muksit, Mohd Shamsul, Nur Hazirah, Nur Liyana dan Nurul Syuhada
- Laku
Mencari maklumat,membuat rekabentuk,mencari bahan, membina dome,membuat laporan - Aturan
-Ahli kumpulan 5 orang
-zero cost
-boleh diangkat oleh 3 orang
-boleh dipasang dalam 30 minit - Produk
Geodesic Dome - Tapak
USM
Kami telah membina dome yang tidak menepati aturan yang sepatutnya pada hari 10hb September 2008 yang lalu. produk yang kami hasilkan salah.

MODEL YANG DIBINA SEBELUM KAMI MEMBUAT DOME YANG SEBENARNYA

PEMASANGAN DOME DI TAPAK YANG DITETAPKAN.TETAPI KUMPULAN KAMI TERSALAH TAPAK.....

DOME YANG BUKANNYA GEODESIC DOME.
SATU PEMBETULAN-THE NEW DOME....
Setelah menerima komen dari pensyarah, kami telah membuat satu model baru geodesic dome yang mengikut aturan yang sebenarnya. kami telah membina model ini dengan menggunakan lidi dan plastisin.6 faktor yang terlibat dalam tuhasan ini adalah:
Niat
-membina satu model dome yang mengikut aturan yang sepatutnya di samping memahmi konsep sebenar geodesic dome
Laku
-bertanya dengan pensyarah, mencari saiz dan pengiraan yang sesuai, membina, membuat laporan
Aktor
-semua ahli kumpulan D B Five
Aturan:
-mengikut spesifikasi yang telah diperolehi dari dome kalkulator
Produk
-model geodesic dome
Tapak
-Kafe Damai,Desasiswa Aman Damai,USM
PLASTISIN-BAHAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI SAMBUNGAN BAGI MEMBENTUK DOME
BAHAN UTAMA-LIDI YANG DIGUNAKAN SEBAGAI LALUAN UNTUK MENGHASILKAN DOME
PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI MENGHASILKAN PRODUK
ANTARA PROSES MEMBINA PRODUK
PROSES MEMBINA DOME YANG SUDAH SEPARUH SIAP
MODEL GEODESIC DOME YANG TELAH DIUBAHSUAI MENGIKUT ATURAN YANG SEBENARNYA
Subscribe to:
Posts (Atom)
